Duterte berang masalah logistik Sukan SEA

Kerja pembinaan masih dilakukan di salah satu lokasi walaupun acara tersebut akan bermula pada Sabtu ini.
Kerja pembinaan masih dilakukan di salah satu lokasi walaupun acara tersebut akan bermula pada Sabtu ini.
A
A
A

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dilaporkan berang dengan masalah logistik yang dialami negara itu sempena penganjuran Sukan Asia Tenggara (SEA) 2019.

Jurucakap Istana Presiden menegaskan penganjur perlu memastikan mereka mempunyai rancangan sokongan untuk mengelakkan atlet asing dan tempatan berdepan sebarang kesulitan.

"Sudah tentu Presiden tidak suka dengan apa yang berlaku. Beliau sangat marah," kata Salvador Panelo selepas pelbagai aduan kini telah sampai ke telinga Duterte.

Panelo juga menyokong gesaan banyak pihak supaya melakukan siasatan ke atas penganjuran temasya sukan itu sejurus acara itu tamat dan mengenakan tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Sementara itu, Senator Bong Go berkata, beliau akan melancarkan siasatan Senat ke atas masalah itu yang turut mencalarkan imej negara terbabit.

Tuan rumah acara itu didakwa terus berdepan masalah logistik walaupun atlet asing mula tiba dan berlatih sebagai persediaan untuk sukan tersebut yang akan bermula Sabtu ini.

Difahamkan, pelbagai aduan dikemukakan termasuk tentang masalah pengangkutan, penginapan dan makanan yang tidak mencukupi malah kerja pembinaan juga didakwa masih dilakukan di beberapa lokasi acara. - Agensi

Artikel Berkaitan: