X

Kindly register in order to view this article
!

Akta kebebasan maklumat akan melibatkan peruntukan OSA

Liew Vui Keong - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Akta Kebebasan Maklumat dijangka menjadi kenyataan pada tahun hadapan dan akan memasukkan beberapa peruntukan daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 yang akan dimansuhkan,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong yang bertanggungjawab bagi undang-undang berkata, Kabinet memberi mandat kepada beliau untuk bekerja bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo untuk menggubal akta baharu itu.

“Kami dalam proses melihatnya secara aktif bersama pertubuhan masyarakat awam dan mengambil pandangan daripada semua peringkat masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konsultasi Pemegang Taruh Kebangsaan mengenai Hak Perundangan Maklumat di sini, hari ini.

Katanya, beberapa peruntukan dalam OSA yang mungkin dikekalkan Liew berkata, ia berhubung dengan pertahanan dan keselamatan negara, yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Julai 2019 mengumumkan bahawa Akta Kebebasan Maklumat akan digariskan bagi menggantikan OSA pada 2020.

Liew berkata, penggubalan akta itu akan tertakluk kepada penglibatan mencukupi dijalankan sepanjang dasar dan proses merangkanya.

"Penggubalan itu memerlukan satu kajian terperinci dan holistik bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada," katanya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!