Pemain bola keranjang diiktiraf model tertinggi di dunia

Sepanjang karier sukan, Ekaterina Lisina pernah memenangi pingat Gangsa pada sukan Olimpik 2008 ketika mewakili Rusia.
Sepanjang karier sukan, Ekaterina Lisina pernah memenangi pingat Gangsa pada sukan Olimpik 2008 ketika mewakili Rusia.
A
A
A

MOSCOW - Seorang bekas pemain bola keranjang diiktiraf sebagai model tertinggi di dunia dengan ketinggian 210 sentimeter (sm) atau 6 kaki 9 inci.

Ekaterina Lisina juga pernah merangkul Rekod Dunia Guinness kerana mempunyai kaki terpanjang iaitu 131 sm atau 4 kaki 3 inci.

Malah, beliau turut memegang Rekod Dunia Guinness untuk model profesional tertinggi di dunia.

Lisina juga diiktiraf sebagai wanita dengan kaki terbesar di Rusia.

Wanita berusia 32 tahun itu bersara sebagai pemain bola keranjang pada 2014 dan menyertai agensi permodelan, World's Tallest Models.

Sepanjang karier sukannya, dia pernah memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2008 ketika mewakili Rusia.

Lisina juga pernah bermain untuk Dynamo Kursk, WBC Spartak Moscow dan memenangi pingat perak pada kejohanan dunia dan kejohanan Eropah.

Artikel Berkaitan:

Ekaterina Lisina bersara sebagai pemain bola keranjang pada 2014 dan menyertai agensi permodelan, World's Tallest Models.
Ekaterina Lisina bersara sebagai pemain bola keranjang pada 2014 dan menyertai agensi permodelan, World's Tallest Models.

Dia juga pernah menerima anugerah 'Master of Sports of Russia' serta perkhidmatan cemerlang dalam sukan untuk kerjanya dalam bola keranjang.

Kongsi Lisina, industri tidak berminat dengan kerjaya sukannya tetapi lebih berminat ke arah kerjaya peragaannya.

Ibunya juga seorang pemain pasukan Spartak tempatan dan ayahnya merupakan jurulatih bola keranjang profesional.

Walau bagaimanapun, Lisina memilih beralih ke dunia peragaan bagi memenuhi impian zaman kanak-kanaknya sebagai model sepenuh masa.

Katanya, tidak ada model yang berketinggian di bawah 192 sm atau 6 kaki 3 inci di agensi peragaannya. - Agensi