Mohon kerjasama pertingkat kawalan semasa Kongres AMK

Akmal (tengah) menunjukkan rakaman CCTV dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian ugutan berkenaan.
Akmal (tengah) menunjukkan rakaman CCTV dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian ugutan berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan sepanjang berlangsung Majlis Perasmian Kongres Nasional Tahunan AMK 2019 di Melaka minggu depan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru memaklumkan perkara itu bertujuan mengelakkan sebarang provokasi pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga selain mahu memberi jaminan keselamatan untuk hadir selain membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan jika berlaku sebarang provokasi atau insiden lain," katanya ketika media berhubung kejadian khianat dan ugutan yang diterima di Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru di sini hari ini.

Mengulas mengenai isu ugutan peribadi berkenaan, Akmal memaklumkan pihaknya tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan perkara itu kepada polis.

“Biarlah polis buat siasatan dahulu sama ada musuh politik atau pihak luar yang sengaja mahu ambil kesempatan. Semuanya saya serahkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi pejabatnya yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu juga telah diserahkan kepada pihak berkuasa dan diharap dapat membantu siasatan.

“Berdasarkan rakaman, kejadian berlaku kira-kira jam 3.24 pagi dan kelihatan dua individu dilihat menghampiri pejabat sebelum meninggalkannya dalam masa kurang dua minit," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Tak puas hati punya pasal