Jilatan kucing sembuhkan jerawat pada wajah

Jilatan kucing peliharaannya didakwa telah merawat masalah jerawat yang dialaminya. - Foto AGENSI
Jilatan kucing peliharaannya didakwa telah merawat masalah jerawat yang dialaminya. - Foto AGENSI
A
A
A

JAKARTA - Seorang remaja perempuan di Indonesia mendakwa jilatan kucing peliharaannya telah menyembuhkan masalah jerawat pada wajahnya.

Dinda berkata, 'rawatan air liur' kucing yang digelar Nia itu telah dilakukan sejak tiga bulan lalu.

"Jilatan Nia membuatkan kulit saya menjadi bersih dan mengurangkan masalah bintik pada wajah saya," katanya.

Menurutnya, perkara itu bermula apabila Nia akan duduk di atas buku teksnya dan mula menjilat wajahnya ketika dia sedang mengulangkaji pelajaran di rumah.

Kakaknya, Debi turut merakamkan rawatan wajah luar biasa itu yang memaparkan Nia dengan tekun menjilat seluruh wajah Dinda.

"Kucing itu hanya melakukan 'rawatan' itu pada Dinda," katanya.

Awal bulan lalu, seorang lelaki berusia 63 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami penyakit jarang berlaku dipercayai berpunca daripada air liur haiwan peliharaannya.

"Dia dirawat di hospital selama lebih dua minggu dengan pelbagai gejala penyakit termasuk radang paru-paru dan gangren selain diserang demam yang menyebabkan suhu badannya mencecah 41 darjah Celsius," jelas doktor.

Artikel Berkaitan:

Lelaki itu dijangkiti bakteria Capnocytophaga canimorsus yang biasanya disebarkan melalui gigitan, namun ia juga boleh berpunca daripada jilatan. - Agensi