Siti Nurhaliza diumumkan Duta Cuckoo 2020

Siti bergambar kenangan bersama barisan tertinggi Cuckoo dan beberapa penyampai radio.
Siti bergambar kenangan bersama barisan tertinggi Cuckoo dan beberapa penyampai radio.
A
A
A

SEMPENA meraikan ulang tahun ke-5, jenama terulung peralatan rumah Korea Selatan, Cuckoo dan meraikan sokongan berterusan Malaysia, Cuckoo dengan kerjasama Astro menganjurkan sebuah konsert percuma yang gilang-gemilang di Surf Beach, Sunway Lagoon, Sabtu lalu.

Biarpun cuaca tidak menentu sejak petang dan hujan renyai-renyai ketika konsert berlangsung, ia sedikit pun tidak menjejaskan kehadiran lebih kurang 10,000 penonton membanjiri Konsertkoo #withCuckoo.

Walaupun hujan ketika konsert berlangsung, peminat tetap tidak beranjak.
Walaupun hujan ketika konsert berlangsung, peminat tetap tidak beranjak.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Cuckoo, Queenie Goh, penganjuran konsert oleh Cuckoo ini secara dasarnya sebagai tanda penghargaan buat rakyat Malaysia yang terus setia menyokong Cuckoo dan sekali gus menyambut ulang tahun kelima jenama itu di Malaysia.

“Biarpun jenama ini berasal daripada Korea Selatan, tetapi pengasas sehingga kepada pekerja biasa adalah rakyat Malaysia dan kami berasa perlu untuk meraikan bersama-sama masyarakat di sini.

“Kami juga sangat gembira kerana konsert ini mencapai sasaran dan mendapat sokongan penuh daripada rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Queenie, konsert Cuckoo juga tidak terhenti di sini kerana mereka sudah merencanakan konsert pada tahun hadapan dengan penglibatan lebih ramai artis termasuk daripada luar negara.

Artikel Berkaitan:

Ziana Zain tampil dengan lagu Puncak Kasih dan Ada Cinta.
Ziana Zain tampil dengan lagu Puncak Kasih dan Ada Cinta.

Konsert pada malam itu diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal seperti Hael Husaini, Khai Bahar, Zizi Kirana, Exists, Ziana Zain, Adira, Floor 88 dan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bukan itu sahaja, ia juga dimeriahkan dengan kehadiran istimewa oleh Cuckoo Friend iaitu Hetty Sarlene dan Pengacara TV Terbaik Asia, Nabil Ahmad.

Lebih menarik, Cuckoo juga mengundang empat peserta Gegar Vaganza 2019 yang paling mendapat perhatian iaitu Naqiu Boboy, Sham Visa, Wann dan One Nation Emcees. Turut hadir membuat kemunculan istimewa bagi menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kepada Cuckoo adalah Cuckoo Friend Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha.

Persembahan kumpulan Exists Reunion mengimbau kenangan peminat ketika konsert mereka baru-baru ini.
Persembahan kumpulan Exists Reunion mengimbau kenangan peminat ketika konsert mereka baru-baru ini.

Konsert yang bertemakan ‘neon party’ ini bermula tepat jam 8.30 malam menyaksikan gabungan dan kemunculan penyampai radio Era, Sinar, Zayan dan Gegar.

Lebih bermakna, pada acara kemuncak malam itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, KC Hoe, turut mengumumkan Siti Nurhaliza sebagai duta Cuckoo bagi tahun 2020.

“Cuckoo memilih Siti Nurhaliza sebagai duta berdasarkan hala tuju Cuckoo bermula 2020 iaitu SamaSama; sesuai dengan imej Siti Nurhaliza yang juga sama-sama diminati oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

“Beliau juga memiliki matlamat yang sama dengan Cuckoo iaitu SamaSama bersungguh dalam memastikan kediaman dan gaya hidup yang sihat,” katanya.

Siti Nurhaliza menjadi duta Cuckoo bagi tahun 2020.
Siti Nurhaliza menjadi duta Cuckoo bagi tahun 2020.

Konsert diakhiri dengan dengan acara memotong kek ulang tahun oleh pihak pengurusan tertinggi Cuckoo dan pertunjukan bunga api.