X

Kindly register in order to view this article
!

'Pemecatan dua ahli PKR adalah 'ultra vires''

Tian Chua - Foto fail
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mendakwa keputusan Pengerusi Lembaga Disiplin parti, Ahmad Kassim berhubung pemecatan Ahli Majlis Pimpinan, Zakaria Abdul Hamid dan seorang lagi ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi sebagai 'ultra vires' atau tidak mengikut peraturan.

Tegas beliau, keputusan itu jelas menunjukkan wujudnya terdapat proses tidak dipatuhi sekali gus melanggar asas penubuhan PKR sejak 1998 yang ditubuhkan di atas prinsip keadilan dan membawa pembaharuan kepada negara serta menentang kezaliman.

"Dengan prinsip yang diwarisi itu, semua pihak mestilah berhati-hati dan teliti dalam membuat keputusan khususnya dalam memecat ahli yang merupakan satu perkara amat serius terutamanya jika tindakan berkenaan melibatkan seorang aktivis dan juga ahli MPP dipilih.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipecat serta-merta: Zakaria tunggu surat rasmi PKR

[VIDEO] Rasuah: Dua ahli PKR Pahang dipecat serta-merta

"Adalah satu tidak diterima bagi sesiapa memecat ahli tanpa sebarang notis dan juga tanpa diberi peluang untuk mempertahankan diri masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tian Chua lagi, beliau melihat terdapat sesetengah pihak cuba membenarkan tindakan itu dengan menyalahkan ketidakhadiran beberapa anggota MPP.

"Hakikatnya ialah kejadian 'perbuatan salah' yang dikatakan berlaku itu hampir setahun yang lalu, jadi mengapa wujud keperluan mendadak untuk meneruskan tindakan drastik ini? Kami diberitahu bahawa lembaga disiplin 'hanya' menerima nota dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Jika ya, kenapakah lembaga disiplin tidak membenarkan tempoh perbincangan dan siasatan menyeluruh? Ia adalah satu tindakan yang boleh dibaca sebagai tergesa-gesa dan disasarkan secara tidak wajar dengan tanpa proses sewajarnya bagi memberi peluang kepada ahli membela diri.

"Saya justeru itu, meminta Lembaga Disiplin parti mengambil maklum pendirian ini itu dan mengembalikannya untuk disiasat di atas proses yang betul. Sebagai pemimpin parti, saya mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan proses demokrasi dan keadilan yang merupakan asas utama parti. Saya yakin pemimpin kanan lain seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden dan majoriti ahli MPP mahu keputusan itu segera diperbetulkan.

"Saya percaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan pendekatan berhemah dan pendamaian untuk menyelesaikan pertikaian dalam parti. Pengalaman saya dalam mesyuarat terdahulu adalah bahawa Datuk Seri Anwar biasanya lebih suka mengambil tindakan yang kurang keras seperti penggantungan keanggotaan atau meminta mereka untuk memberi tunjuk sebab," katanya.

Sementara itu, Tian Chua menyeru semua ahli PKR untuk menunjukkan sikap kematangan dan memelihara integriti demi nama baik parti termasuk daripada membuat sebarang tuduhan berdasarkan andaian tanpa mengikut fakta.