[VIDEO] 'Ayah pergi bertemu ALLAH'

GAZA - Tular klip video memaparkan dua anak kecil menangis ketika bapa mereka mengucapkan selamat tinggal sebelum pergi berjihad untuk bangsa dan negara.
Menerusi rakaman dimuat naik di Instagram Jentik Hati, lelaki yang berkerusi roda berulang kali dipeluk dua anaknya lelaki dan perempuan sambil menangis seolah-olah tidak sanggup melepaskan bapa mereka pergi.
"Tidak apa-apa wahai putriku, ayah pergi bertemu ALLAH, ayah pergi ke syurga, Insya-ALLAH.
"Jagalah ibumu ya? Lihat ayah, jangan menangis," kata bapa memujuk anak perempuannya.
Posting itu membuatkan netizen mengagumi pengorbanan lelaki itu yang nekad mempertahankan bangsa dan agamanya.
Kata @oeyzrashid, "Semoga para jihad semua dilindungi oleh ALLAH SWT... Aamiin."
"Allahuakbar, rahmat kasih sayang ALLAH SWT, syurga mu ya ALLAH," tulis @mawa.sakinah.
Sehingga kini, video yang tular di laman sosial itu meraih lebih 152,766 tontonan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amDoktor, anak perempuan antara tiga maut dalam nahas
20 Jun 2026 07:20amHabiskan RM122,230 untuk ubah suai, rupa-rupanya rumah jiran sebelah
20 Jun 2026 07:50amAhli Parlimen Jasin, isteri terlibat kemalangan
20 Jun 2026 04:14pmPelajar jatuh bangunan: Mangsa minta izin ke tandas sebelum ditemui maut
20 Jun 2026 05:05pm- Iklan -- Iklan -
