Johor Tigris selesa status bukan pilihan


Ahmad Jais (dua, kanan) yakin regu Tigris mampu menghasilkan keputusan positif pada saingan Piala Juara-Juara Liga Sepaktakraw STL.
Ahmad Jais (dua, kanan) yakin regu Tigris mampu menghasilkan keputusan positif pada saingan Piala Juara-Juara Liga Sepaktakraw STL.
A
A
A

JOHOR Tigris mempertaruhkan barisan pemain-pemain sedia ada bagi mengalas cabaran regu selatan tanah air pada kempen Piala Juara-Juara Sepak Takraw League (STL) di Pinewood Iskandar Malaysia Studio, Johor pada 22 hingga 28 Disember depan.

Ketua Jurulatihnya, Ahmad Jais Baharom berkata, beliau masih meletakkan kepercayaan penuh kepada gandingan dibarisi tekong Farid Abd Aziz, apit kanan Noraizat Nordin dan Muqlis Borhan selaku apit kiri bagi membawa cabaran pasukan.

Menurutnya, Tigris juga menambah kekuatan bahagian tekong dengan kemasukan pemain Negeri Sembilan Antlers, Mohd Hisham Mat bagi mempertajamkan penyudah.

“Biarpun saingan Piala Juara-Juara STL dijangka sengit dengan semua pasukan bertanding memantapkan pasukan masing-masing.

“Pada kami masih yakin gandingan Tigris akan mampu memberi tentangan habis-habisan kepada lawan,” katanya yang mengakui Tigris selesa dengan status bukan pilihan.

Mengenai aksi kelebihan beraksi di laman sendiri, Ahmad Jais berkata, itu akan dimanfaatkan sepenuhnya pemain-pemain tuan rumah bagi menghasilkan keputusan positif.

"Sepanjang tempoh rehat ini kami giat melakukan sesi latihan bagi memperbaiki corak permainan masing-masing dan memantapkan lagi kesefahaman dalam kalangan pemain-pemain.

"Kami tahu pasukan yang bakal kami tentang bukan calang-calang pasukan jadi kami menjangkakan saingan kali ini adalah cukup sengit

Artikel Berkaitan:

"Kami melihat perkembangan itu sebagai petanda positif sesuai dengan status kami, " katanya.

Pada masa sama Ahmad Jais berkata, secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan pencapaian Tigris pada STL 2019.

"Kami berjaya melepasi sasaran ditetapkan oleh PSJ (Persatuan Sepaktakraw Johor) dan MSNJ (Majlis Sukan Negeri Johor) untuk berada dalam kelompok empat tahun ini," katanya

Selain Johor Tigris saingan Piala Juara-Juara STL akan melibatkan juara STL iaitu Perak Bison, ATM Guardians, Kelantan Warriors dan Penang Black Panthers termasuk lima pasukan jemputan dari China, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand.