Perkasa NFDP lebih penting berbanding siaran percuma EPL: Syed Saddiq

Syed Saddiq - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Syed Saddiq - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyifatkan pemerkasaan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) adalah lebih penting berbanding siaran percuma Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keutamaan itu disuarakan sendiri melalui maklum balas terhadap golongan muda yang mahukan pemerkasaan NFDP diberikan keutamaan oleh kerajaan.

“Siaran percuma EPL bukan keutamaan kami,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) yang mahu mendapatkan penjelasan mengenai janji Pakatan Harapan (PH) untuk menyiarkan siaran langsung EPL di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Syed Saddiq menambah, kerajaan memberikan peruntukan lebih tinggi untuk NFDP iaitu daripada RM15 juta kepada RM45 juta.

“Ia membuktikan kesungguhan kerajaan mengembalikan status negara sebagai kuasa bola sepak Asia sehingga pernah beraksi di Sukan Olimpik pada era 1970-an dan 1980-an.

“Selain itu, buat kali pertama kementerian memberikan peruntukan khas kepada golongan wanita supaya mereka dapat mewakili negara dalam pelbagai disiplin sukan,” katanya.

Artikel Berkaitan: