[VIDEO] Gelandangan diberi tempat tidur selesa

BRISBANE – Golongan gelandangan di Brisbane masih berpeluang menikmati tidur yang selesa selepas satu badan amal mengambil inisiatif menjadikan ruang tempat letak kereta sebagai tempat tidur yang selamat pada waktu malam.
Organisasi yang diberi nama Beddown itu turut memberi pakaian baharu dan ruang membersihkan diri, lapor Interesting Engineering yang memetik sumber.
Pengasas Beddown, Norman McGillivray berkata, idea tersebut timbul ketika dia sedang berjalan melalui tempat letak kereta yang kosong di Secure Parking yang merupakan salah sebuah tempat letak kereta terbesar di Australia.
Menurutnya, walaupun idea tersebut baru sahaja dilaksanakan di Brisbane, pihaknya bercadang untuk melaksanakannya di tempat lain tidak lama lagi.

Gelandangan yang menggunakan perkhidmatan itu berpuas hati kerana dapat berehat dan tidur yang selesa.
“Mengikut percubaan Beddown di Brisbane, statistik yang kami terima amat mengagumkan. Seramai 41 orang yang menggunakan katil kami ketika percubaan semuanya berpuas hati dan merasakan diri mereka dalam keadaan selamat.
“Kami akan teruskan usaha seperti ini bagi membolehkan mereka memperbaiki kehidupan mereka pada masa akan datang," menurut laporan itu.
Sementara itu, perkongsian gambar oleh Beddown di Instagram kini tular dan rata-rata netizen memuji alternatif dilakukan organisasi itu dan berharap akan diteruskan di seluruh Australia.
“Satu cara yang amat mengagumkan dari badan amal itu. Sememangnya terbaik dalam membantu memberi keselesaan kepada gelandangan. Saya berharap dapat diteruskan di seluruh Australia kerana gelandangan ini sememangnya perlu dibantu,“ tulis John Lam.
Lin Afarin pula menulis, “Wow, terbaik Beddown. Langkah yang kamu lakukan sememangnya layak dipuji dan ini sangat memberi kegembiraan kepada gelandangan di Australia. Saya mengharapkan agar kerajaan bekerjasama dengan mereka bagi memberi keselesaan kepada gelandangan.”
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amWanita dipaksa lakukan aksi tidak senonoh sebelum disamun
10 Januari 2026 03:27pmTengkorak manusia jatuh dari siling ketika ubah suai rumah
10 Januari 2026 08:10am'Kami tak mahu jadi rakyat Amerika'
10 Januari 2026 04:44pmLemas di Pantai Batu Rakit: Ibu harap jasad anak ditemukan
10 Januari 2026 03:36pm- Iklan -- Iklan -
