Modul hadkan umur minimum perkahwinan bakal diperkenal: Mujahid

Mujahid (berdiri, lima dari kiri) bersama sebahagian daripada penerima baucar pakaian sekolah pada majlis perasmian Sukaneka dan Penyampaian Baucar Pakaian Sekolah Parlimen Parit Buntar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selinsing hari ini. - Foto: Bernama
Mujahid (berdiri, lima dari kiri) bersama sebahagian daripada penerima baucar pakaian sekolah pada majlis perasmian Sukaneka dan Penyampaian Baucar Pakaian Sekolah Parlimen Parit Buntar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selinsing hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

PARIT BUNTAR - Kerajaan akan memperkenalkan satu modul yang menetapkan prosedur operasi standard (SOP) ketat untuk mengehadkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, modul itu yang sedang disiapkan merupakan garis panduan untuk dipatuhi oleh semua negeri mengenai perkahwinan dan adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang jika SOP itu tidak diikuti.

“Modul itu telah kita bincangkan di peringkat Jawatankuasa Persekutuan yang dianggotai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kesihatan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sukaneka dan penyampaian baucar pakaian sekolah di Parlimen Parit Buntar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selinsing di sini hari ini.

Seramai 200 murid dan pelajar menerima baucar pakaian sebagai persiapan untuk persekolahan tahun hadapan di samping meringankan beban ibu bapa terutama golongan B40.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan sedang menyiapkan Draf Pelan Strategik Kebangsaan bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata walaupun ada negeri yang mahu meneruskan perkahwinan bawah umur 16 tahun, tetapi ia mestilah mematuhi SOP yang ketat.- Bernama

Artikel Berkaitan: