Tender terbuka, rundingan terus: 'Satu lagi janji manifesto ditipu'

Kenyataan Asyraf Wajdi di Facebooknya.
Kenyataan Asyraf Wajdi di Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekali lagi memungkiri janji manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan kerajaan boleh mengadakan rundingan secara terbuka atau rundingan secara terus berkaitan pemberian tender.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, nampaknya satu lagi janji manifesto PH ditipu apabila kenyataan Perdana Menteri itu bertentangan dengan janji ke-23 buku Harapan.

"Ingin diingatkan bahawa dalam manifesto buku harapan, PH dalam Janji yang ke-23 menyatakan kononnya, 'Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan secara meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar'.

"Dahulu sewaktu menjadi pembangkang diratibkan bahawa amalan tender terbukalah yang terbaik dan tidak menyeleweng. Hari ini sudah berkuasa semuanya dilupakan. Apa lagi alasan nak diberikan?

"Janji untuk amalkan tender terbuka ini hakikatnya tidak ada implikasi kewangan atau masih nak bersandiwara untuk menggunakan alasan tak dapat laksana janji ini kerana hutang negara RM1 trilion juga?," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, kerajaan berhak untuk menentukan sama ada pemberian tender Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) secara terbuka ataupun terus.

Bagaimanapun pemberian tender secara terus termaktub dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebelum itu mendakwa tiga kontrak bernilai lebih RM1 bilion dibatalkan selepas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dikatakan mahu menganugerahkan projek kepada Nafas secara rundingan terus.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan berhak tentukan tender terbuka atau terus