Ahok kembali bertugas selepas 2 tahun dipenjara

Ahok sebelum ini pernah memaklumkan beliau enggan lagi terlibat dalam dunia politik.
Ahok sebelum ini pernah memaklumkan beliau enggan lagi terlibat dalam dunia politik.
A
A
A

JAKARTA - Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok kembali bertugas di pejabat awam selepas lebih dua tahun menjalani hukuman penjara kerana didakwa menghina Islam pada 2017.

Menteri Perusahaan, Erick Thohir berkata, Ahok akan memegang jawatan presiden syarikat minyak dan gas milik kerajaan, Pertamina yang sering dibelenggu isu ketidakcekapan dan rasuah.

Di bawah kepimpinannya sebelum ini, pentadbiran Jakarta dilaporkan mempunyai sistem belanjawan tahun paling telus malah butiran perbelanjaan itu turut boleh diakses secara atas talian oleh orang ramai.

Selain itu, Ahok juga berjaya memerangi rasuah dan meningkatkan penjagaan kesihatan ketika beliau menjadi Gabenor Jakarta antara 2014 dan 2017.

Pelantikan itu dibuat selepas Presiden Joko Widodo atau Jokowi berhasrat memilih kepimpinan baharu untuk membantu pembaharuan dalam sektor Perusahaan Milik Negara Paling Strategik (SOEs) yang memainkan peranan penting dalam ekonomi.

Satu lagi pelantikan peringkat tertinggi melibatkan bekas Pesuruhjaya Antirasuah, Chandra Hamzah yang dilantik sebagai Presiden dan diberi tanggungjawab untuk mengawasi Bank Tabungan Negara.

Tokoh lain yang dinamakan untuk mengisi jawatan tertinggi SOEs termasuk bekas Menteri Komunikasi dan Maklumat, Rudiantara yang mungkin dilantik sebagai Pengarah Syarikat Bekalan Kuasa PLN.

Awal minggu lalu, Erick memecat enam individu yang berperanan menyelia SOEs yang berlainan dan beroperasi dalam pelbagai sektor termasuk pengangkutan dan pembinaan. - Agensi

Artikel Berkaitan: