Padah menunggang motosikal aksi superman

Aksi bahaya lagak seperti 'superman' sebelum berjaya ditahan polis
Aksi bahaya lagak seperti 'superman' sebelum berjaya ditahan polis
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua remaja berusia 16 dan 17 tahun antara empat lelaki yang ditahan polis kerana menunggang motosikal dengan aksi 'superman'.

Mereka ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Lehuhraya Duke awal pagi semalam.

Ketua Operasi, Asisten Komisoner Ahmad Fuad Mahmod berkata, keempat-empat suspek lelaki itu berusia 16 hingga 30 tahun.

Menurutnya, remaja berusia 17 yang bersekolah di sebuah sekolah di Kuala Lumpur didapati menunggang motosikal tanpa lesen.

"Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fuad berkata, siasatan polis mendapati, suspek telah membuat pengubahsuaian sistem enjin untuk menambah kelajuan motosikal mereka.

"Antara yang dilakukan seperti mengubahsuai struktur ekzos serta menukar tayar kepada yang bersaiz lebih kecil," katanya.

Operasi dilakukan oleh bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: