Amanah serah kepada Tun M untuk rombak Kabinet, kata Mat Sabu

Mohamad merasmikan Konvensyen Amanah Pulau Pinang hari ini.
Mohamad merasmikan Konvensyen Amanah Pulau Pinang hari ini.
A
A
A

GEORGE TOWN - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyerahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentukan kemungkinan melakukan rombakan Kabinet Pakatan Harapan (PH).

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, rombakan Kabinet merupakan hak Perdana Menteri untuk menentukan.

"Dia (PM) boleh bila-bila masa rombak Kabinet. Jadi kita serah kepada dia yang akan menentukan dan kami ini akan menjalankan tugas seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Pulau Pinang bersama Pengerusi Amanah negeri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa di sini hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, spekulasi rombakan Kabinet itu telah mula tersebar sejak tahun lepas lagi dan ia bukan perkara baharu.

Rabu lepas, Dr Mahathir membayangkan kemungkinan rombakan Kabinet dilakukan susulan kekalahan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH merangkap Pengerusi Bersatu bagaimanapun berkata, keputusan mengenainya 'tidak akan dibuat hari ini atau esok'. - Bernama

Artikel Berkaitan: