X

Kindly register in order to view this article
!

Tanjung Piai rujukan terbaik rakyat tolak kerajaan PH

Md Alwi ketika menyampaikan ceramah sempena Himpunan Kesyukuran dan Ceramah Muafakat Nasional di Wisma Tok Guru, Pendek, Salor di sini malam tadi.
A
A

KOTA BHARU - Referendum atau rujukan yang dilakukan melibatkan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah suara terbaik mewakili rakyat seluruh negara untuk menolak pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, PRK Tanjung Piai menjadi sejarah kerana tidak pernah ada dalam senarai parti kerajaan mengalami kekalahan yang cukup besar.

"Kita tidak jangka orang Melayu dan Cina marah pada kerajaan. Saya ceramah hampir setiap malam. Saya cuma kata satu saja, ALLAH pilih Tanjung Piai untuk buat satu referendum atau rujukan.

"Saya tanya penduduk di Tanjung Piai, nilailah kerajaan bagi pihak rakyat Malaysia. Adakah tuan-tuan setuju kelapa sawit murah, duit makin murah, rakyat makin susah.

"Jadikan ini sebagai satu kajian untuk tunjukkan kepada kerajaan yang rakyat tidak puas hati," katanya semasa menyampaikan ceramah sempena Himpunan Kesyukuran dan Ceramah Muafakat Nasional di Wisma Tok Guru, Pendek, Salor di sini malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yaakob, Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Mohd Nasurruddin Daud, Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan sayap kepimpinan Pemuda UMNO Kelantan.

Mengulas lanjut, Alwi berkata, bukan hanya di Tanjung Piai, malah tidak mustahil jika Kelantan juga mengadakan PRK jika ada 'pihak' yang mahu letak jawatan.

"Saya sangat setuju kalau PRK di Kelantan, contohnya di Ayer Lanas, Jeli, Tanah Merah. Saya mahu sangat mereka letak jawatan.

"Kalau berani, letaklah jawatan. Kita tengok pula nanti referendum rakyat Kelantan macam mana masa itu.

"Kerajaan sepatutnya ditubuhkan untuk bela rakyat dan bagi kebajikan, tengok hal rakyat, tapi kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan yang tidak tahu memerintah.

"Oleh sebab itulah saya nak pesan, bila tibanya PRK ke PRU ke, kita semuanya mesti istiqamah. Perpaduan ummah ini perlu kekal, permuafakatan ini mesti bersama, Insya-ALLAH PRU15 nanti kita akan ambil alih balik kerajaan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!