Mesyuarat Kabinet tak bincang rombakan: Tun M

Dr Mahathir ketika menyampaikan ucaptama sempena Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini. - Foto Bernama
Dr Mahathir ketika menyampaikan ucaptama sempena Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

BANGI - Mesyuarat Kabinet hari ini tidak menyentuh sebarang isu mengenai rombakan Kabinet.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebaliknya intipati mesyuarat hanya tertumpu kepada perkara berkaitan masalah negara dan rakyat.

"Tidak ada. Tidak ada sesiapa pun yang bercakap pasal rombakan Kabinet," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada isu rombakan Kabinet turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.

Terdahulu hari ini tular mengenai senarai penuh Menteri Persekutuan 2020.

Bagaimanapun perkara itu disahkan palsu oleh Pejabat Perdana Menteri.

Semalam, Dr Mahathir memberitahu, beliau akan menimbang desakan agar rombakan Kabinet dibuat selepas kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu lalu.

Menurutnya, beliau akan mendengar pandangan Majlis Presiden PH berhubung desakan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Begitupun, rombakan itu akan mengambil masa kerana memerlukan penelitian yang sempurna sebelum mengubah kedudukan menteri-menteri sedia ada.