Nor Salwani dianggap wira negara!

Wajah dan nama Nor Salwani tular di laman sosial.
Wajah dan nama Nor Salwani tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Warganet menyanjungi keperibadian Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus), Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad sekali gus dianggap sebagai hero dan wira kerana melaksanakan tugas dengan penuh amanah.

Namanya kini trending di laman sosial berikutan Nor Salwani, 52, menyimpan bukti pindaan terhadap Laporan Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pelayar Twitter @izaanfly juga mengagumi dan anggapnya sebagai hero negara.

"Puan Nor Salwani Muhammad adalah hero negara" ciapnya.

"Nor Salwani, hero kami. Dia melakukan perkara yang betul. Jom sama-sama beri sokongan kepadanya," ciap @aidilrazak.

Tambah @@tteoktteok10 pula, "Saya berharap akan ada lebih ramai orang seperti Nor Salwani. Berjuang membasmi rasuah." ciapnya.

Dalam pada itu warganet juga menganggap beliau wira dalam menuntut keadilan.

"Biarkan namanya diketahui. Nor Salwani Muhammad pejuang keadilan!," ciap @farithpauzi.

Artikel Berkaitan:

Tangkap layar berita berkaitan.
Tangkap layar berita berkaitan.

Ciap Iskandar Zulkarnain, "Ingat nama ini. Nor Salwani Muhammad. Patriot sejati!!!. "

Sinar Harian melaporkan, beliau adalah saksi pada hari keempat perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Nor Salwani mengakui membuat rakaman audio berdurasi 2 jam 45 minit pada mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda Laporan Pengauditan 1MDB pada 24 Februari 2016.

Beliau juga memberitahu mahkamah dirinya memasukkan perakam suara ke dalam bekas pensel milik pegawai atasannya, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, wakil Jabatan JAN tanpa pengetahuannya (Saadatul Nafisah) sebelum mesyuarat bermula.

Tindakannya berbuat demikian sebagai persediaan untuk membuat minit mesyuarat penyelarasan laporan audit 1MDB berkenaan kerana beliau tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Skandal 1MDB: Wakil Jabatan Audit mengaku rakam mesyuarat