X

Kindly register in order to view this article
!

Pelajar pecah kerusi sekolah hingga hancur

Tangkap layar video yang memaparkan tindakan pelajar merosakkan harta benda sekolah.
A
A

KELANTAN - Satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan pelajar bertindak liar merosakkan harta benda sekolah menerima kecaman dan pelbagai reaksi daripada netizen.

Lebih menyedihkan perkara tersebut dipercayai dilakukan pelajar sekolah tahfiz di negeri ini berdasarkan loghat percakapan mereka di dalam video yang tular di media sosial.

Video yang dikongsi Mohd Desa Ahmed di akaun Facebooknya menunjukkan tiga orang pelajar memecahkan beberapa kerusi sehingga hancur di dalam sebuah kelas di sekolah terbabit.

Perkongsian Mohd Desa kini telah mendapat lebih 282,000 tontonan dan dikongsi 8,800 kali.
Perkongsian Mohd Desa kini telah mendapat lebih 282,000 tontonan dan dikongsi 8,800 kali.

Mohd Desa juga turut memuat naik hantaran yang mengharapkan pihak sekolah dan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelajar tersebut.

"Semalam Khamis adalah hari terakhir sekolah yang bercuti hari Jumaat. Bersemangat pelajar-pelajar yang berkopiah putih atas kepala membuat kerja.

"Nak kata salah siapa... ibu bapa atau guru yang mengajar mereka. Tak cukupkah lagi seketika dulu kisah budak perempuan Melayu yang pijak al-Quran. PDRM boleh ambil tindakan kerana merosakkan harta awam," tulisnya.

Video berdurasi 14 saat itu kini tular di Facebook telah meraih sebanyak 282,000 tontonan dan 8,800 perkongsian.

Rata-rata netizen mengutuk tindakan biadab yang dilakukan pelajar tersebut kerana telah memalukan dan mencemarkan imej pelajar tahfiz serta agama Islam.

Antara reaksi netizen yang mengutuk tindakan biadab dilakukan pelajar tersebut.
Antara reaksi netizen yang mengutuk tindakan biadab dilakukan pelajar tersebut.

"Yang penting kutip anak kurang ajar masuk lokap untuk siasatan, kenapa mereka bersikap biadab merosakkan harta benda sekolah. Panggil ibu bapa mereka, doakan mereka sedar dan taubat. Cari punca apa sebab mereka bertindak ganas luar dari norma nilai Islam," luah Sazali Safari di Facebook.

Mohd Nor Khairi Othman pula menulis, "Bukti dah ada, ambil tindakan terus sahaja, kecil-kecil dah ada sifat buruk. Kalau tak diambil tindakan pembetulan akan lebih teruk akhlaknya di masa hadapan."


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!