Undang-undang Rusia haramkan penjualan peranti tertentu

Telefon pintar adalah antara peranti yang terjejas oleh undang-undang baru tersebut. - Foto BBC
Telefon pintar adalah antara peranti yang terjejas oleh undang-undang baru tersebut. - Foto BBC
A
A
A

MOSCOW - Rusia meluluskan undang-undang mengharamkan penjualan peranti tertentu yang tidak dipasang dengan perisian Rusia.

Perundangan itu telah diluluskan oleh Parlimen Rusia pada Khamis lalu dan akan berkuat kuasa mulai Julai 2020 yang meliputi telefon pintar, komputer dan televisyen pintar.

Penyokong undang-undang mengatakan ia bertujuan mempromosikan teknologi Rusia dan memudahkan rakyat negara itu menggunakan alat yang dibeli.

Tetapi wujud kebimbangan mengenai pengawasan dan kerisauan firma boleh keluar dari pasaran Rusia.

Undang-undang itu tidak bermakna peranti dari negara lain tidak boleh dijual dengan perisian biasa mereka tetapi 'alternatif' Rusia juga perlu dipasang.

Senarai lengkap alat-alat yang terlibat dan perisian buatan Rusia yang perlu dipasang akan ditentukan oleh kerajaan.

Tetapi undang-undang telah menghadapi kritikan dari pengeluar dan pengedar di Rusia.

Persatuan Syarikat Perdagangan dan Pengilang Perkakasan Elektrik (RATEK) berkata, adalah tidak mungkin untuk memasang perisian buatan Rusia pada beberapa peranti.

Artikel Berkaitan:

"Ini akan menyebabkan syarikat antarabangsa meninggalkan pasaran Rusia kesan daripada undang-undang ini," katanya.

Selain itu wujud kebimbangan perisian buatan Rusia boleh digunakan untuk mengintip pengguna.