Holding sangkal Arsenal hadapi krisis

Holding (kanan) percaya Arsenal akan kembali bangkit menghuni kedudukan empat terbaik EPL musim ini.
Holding (kanan) percaya Arsenal akan kembali bangkit menghuni kedudukan empat terbaik EPL musim ini.
A
A
A

PEMAIN pertahanan Arsenal, Rob Holding menegaskan The Gunners tidak mengalami sebarang krisis selepas mempamerkan persembahan hambar dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Holding percaya kelab London Utara itu akan kembali bangkit selepas ini dan terus menagih sokongan peminat dalam usaha memastikan kemenangan dapat diraih dalam perlawanan akan datang.

Katanya lagi, Arsenal juga tidak perlu panik dan optimis akan mengakhiri saingan liga musim ini dalam kelompok empat pasukan terbaik sekiranya dapat memaksimumkan mata dalam semua perlawanan selepas ini.

"Kami cuma perlu untuk meraih beberapa kemenangan dan saya fikir ia akan meningkatkan motivasi kami untuk terus mendapatkan keputusan positif.

"Kami cuma perlu tetap tenang dan tetap positif. Kami berada di kedudukan keenam liga bukannya di kedudukan tercorot. Kami akan memasuki temph krismas yang mana akan ada tiga perlawanan dalam seminggu.

"Ia akan menjadi medium untuk kami mendapatkan semua kemenangan dan kami akan kembali berada dalam kelompok empat terbaik. Semua orang terutama penyokong tak perlu risau," katanya.

The Gunners hanya mampu menang sekali dalam enam perlawanan terakhir dan dalam saingan liga, pasukan itu merekodkan dua kekalahan dan dua hasil seri di empat perlawanan terakhir.

Prestasi semasa Arsenal itu menyaksikan mereka menghuni kedudukan keenam EPL dengan 17 mata.

Artikel Berkaitan: