X

Kindly register in order to view this article
!

IPD Ampang Jaya catat penurunan indeks jenayah

Noor Azmi memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Ampang Jaya, hari ini.
A
A

AMPANG - Indeks jenayah di daerah ini bagi 2019 menunjukkan penurunan sekali gus menyumbang kepada prestasi cemerlang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, penurunan sebanyak 8.82 peratus itu melibatkan sebanyak 179 kes.

Menurutnya, bagi tempoh Januari sehingga Oktober kadar indeks jenayah dicatatkan sebanyak 1,851 kes berbanding 2,030 kes pada 2018.

"Jenayah kekerasan juga menurun kepada 442 kes daripada 481 kes dalam tempoh sama iaitu dari Januari hingga Oktober.

"Bagi jenayah harta benda pula, 1,549 kes direkodkan tahun ini berbanding tahun lalu sebanyak 1,409," katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Ampang Jaya, di sini hari ini.

Selain itu, Noor Azmi turut menekankan kesan berita palsu yang kerap tular di media sosial khususnya isu berkaitan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan impak negatif kepada banyak pihak.

"Tindakan tegas akan diambil untuk menjaga keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat serta imej PDRM," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus