Dr Mahathir tegur MP tidak hadir sidang Dewan Rakyat

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini ditanya mengenai sikap dan komitmen sesetengah Ahli Parlimen (MP) sehingga menyebabkan sidang Dewan Rakyat tidak mempunyai korum mencukupi.

Perdana menteri berkata, itu kejadian pertama kali dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan MP berhubung perkara itu.

“Kami perlu berbincang dengan MP. Mereka amat tidak sabar untuk menjadi calon pilihan raya (tetapi) selepas dipilih mereka tidak bersikap yang mereka serius mahu berkhidmat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2019 dan melancarkan Malaysia@Work di sini hari ini.

Semalam, sidang Dewan Rakyat pada satu ketika telah tertangguh disebabkan korum tidak mencukupi.

Mengikut Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Bilangan 13 (1), korum bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi 26 MP dengan tidak termasuk pengerusi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Tidak cukup korum, sidang Dewan Rakyat mula lewat

Artikel Berkaitan: