Stor buku sekolah terbakar

Kebaran bilik stor SK Seri Payong, Hulu Besut pagi tadi
Kebaran bilik stor SK Seri Payong, Hulu Besut pagi tadi
A
A
A

JERTIH - Sebuah stor penyimpanan buku dan fail lama Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payong, Hulu Besut di sini terbakar pagi tadi.

Kejadian di tingkat satu bangunan sekolah yang turut menempatkan bilik guru dan pejabat itu disedari oleh guru sekolah berkenaan kira-kira jam 9 pagi sebelum menghubungi pihak bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar berkata, sebelum itu guru telah mengambil tindakan mengarahkan dan mengumpulkan murid di tapak perhimpunan.

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran bilik stor SK Seri Payong pagi tadi.
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran bilik stor SK Seri Payong pagi tadi.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 9.12 pagi dan sususlan itu dua jentera bomba dengan kekuatan 13 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Jertih dan Besut dikejarkan ke lokasi kejadian di Kampung Bukit Payong.

“Setiba di lokasi kejadian, api sedang marak namun kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.43 pagi sebelum dipadam sepenuhnya 12 minit kemudian,” katanya.

Mohd Zamri berkata, kebakaran cuma memusnahkan 70 peratus stor tersebut dan tidak merebak ke bilik lain manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan dan sesi persekolahan tidak terjejas.

Artikel Berkaitan: