(VIDEO) Tetap laung azan walaupun masjid musnah akibat dibom

SYRIA - Rakyat Malaysia sememangnya cukup bertuah kerana hidup aman damai dan bebas untuk menganut agama serta kepercayaan masing-masing.
Namun, berbeza di negara Islam khususnya Syria dan Gaza apabila terpaksa berhadapan dengan keganasan dan penindasan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab serta bertindak zalim kepada mereka yang menentang.
Dalam pada itu, perkongsian video oleh Muslim Media yang memaparkan seorang lelaki tetap melaungkan azan walaupun masjid yang menjadi tempat umat Islam menunaikan solat dibedil oleh pihak musuh di sana.
Kalau diperhatikan keadaan masjid tersebut hancur berkecai, namun lelaki terbabit tetap terus melaungkan azan dan video ini mampu memberikan pengajaran kepada kita rakyat Malaysia walaupun telah berlaku Ogos lalu dan baru tular di media sosial.
Sehinggakan kini, hanya air mata dan pertumpahan darah yang dapat kita lihat melanda saudara kita di Gaza dan Syria. Mereka kehilangan keluarga, harta dan segala-galanya dek kerana sifat kejam manusia.
Video yang berdurasi 1 minit itu kini meraih lebih daripada 200,000 tontonan dan rata-rata bersimpati dengan keadaan umat Islam di sana yang telah ditindas dan dizalimi oleh pihak musuh.
"Ya ALLAH, berikanlah mereka kekuatan untuk mereka berperang di jalanMu. Mereka yang sedang berperang melawan musuh di sana merupakan orang yang kuat dan mungkin aku tidak sekuat mereka. Hanya doa yang mampu aku tatapkan buat mereka," tulis Idham Ahmad di Instagram.
Muiz Yaakob pula memberitahu,"Ya ALLAH, kau lindungilah mereka Ya ALLAH agar mereka tidak berputus semangat untuk mendapat keredaan di jalanMu. Semoga mereka mendapat syahid jika mereka mati akibat berperang,".
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amPelakon Lydia Ibtisam meninggal dunia selepas dilaporkan kritikal
23 Julai 2026 05:11pmAhmad Zahid balas pantun Anwar
23 Julai 2026 02:23pmExco Agama Johor nafi dakwaan Puad Zarkashi, beri tempoh 24 jam mohon maaf
22 Julai 2026 09:35pmLagi tiga hari bakal disatukan, majlis pertunangan bertukar tahlil arwah
23 Julai 2026 02:50pm
