Wanita gadai nyawa demi beruang koala

Tangkapan layar video yang memaparkan seorang wanita berani mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan seekor beruang koala yang terbakar di sebuah kawasan belukar di New South Wales, Australia menerima pelbagai reaksi netizen di seluruh dunia
Tangkapan layar video yang memaparkan seorang wanita berani mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan seekor beruang koala yang terbakar di sebuah kawasan belukar di New South Wales, Australia menerima pelbagai reaksi netizen di seluruh dunia
A
A
A

NEW SOUTH WALES - Video seorang wanita berani mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan seekor beruang koala yang terbakar di sebuah kawasan belukar di New South Wales, Australia menerima pelbagai reaksi netizen di seluruh dunia

Video yang berdurasi 40 saat itu memaparkan wanita tersebut bergegas menuju di antara pokok-pokok yang sedang terbakar demi menyelamatkan koala tersebut dan segera membuka bajunya untuk membaluti beruang tersebut

Wanita itu yang dikenali sebagai Toni kemudiannya mencurah air sejuk untuk memberi keselesaan kepada koala tersebut daripada keperitan kepanasan dan dia segera ke Hospital Macala Port Macquarie bagi memberi rawatan lanjut.

Dalam pada itu, satu page yang diberi nama GoFundMe page telah ditubuhkan memberikan rawatan yang terbaik kepada koala yang telah telah terjejas kesihatannya akibat daripada pembakaran itu dan telah berjaya mendapat lebih daripada A$800,000 (RM22 juta) hasil sumbangan orang ramai.

Hospital ini dibina khas untuk menyelamatkan haiwan-haiwan di Australia yang menghadapi waktu sukar seperti kejadian ini. Lapor NBC News yang memetik sumber.

No Image Caption

Satu cara untuk membantu beruang Koala ini hidup adalah menyediakan kuantiti air yang banyak untuk mengurangkan kematian semasa berlakunya kebakaran.

Menurut laporan akhbar tempatan, beratus-ratus koala dikhuatiri mati akibat kejadian kebakaran di belukar telah menghancurkan kawasan habitat mereka namun jelas sekali ada yang sedang membantu sedaya upaya yang boleh untuk selamatkan haiwan-haiwan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Video yang dikongsi oleh NBC News di laman Twitternya kini tular di media sosial yang meraih 589,000 tontonan, 7600 ulang kicau dan rata-rata netizen memuji kegigihan wanita ini menyelamatkan haiwan berkenaan disambut ramai dan peristiwa ini sangat mengharukan rakyat di dunia.

"Tindakan ini sangat menyentuh hati, bayangkan wanita tersebut sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan beruang koala tersebut daripada cedera dan mati. Apa yang anda lakukan memang terbaik," tulis John Even di Twitter.

Sam Adam pula memberitahu "Kebakaran ini juga berpunca daripada kita manusia dan mereka binatang saaat tempat tinggal mereka kebakaran, mereka akan panik dan tidak pandai menyelaamtkan diri seperti kita. Semoga Tuhan merahmati wanita itu.