Mourinho pengurus baharu Spurs

Jose Mourinho
Jose Mourinho
A
A
A

BEKAS pengendali Manchester United, Jose Mourinho dilantik pengurus baharu Tottenham Hotspur menggantikan Mouricio Pochettino, yang dipecat berikutan prestasi hambar kelab berkenaan pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

Pengerusi Spurs, Daniel Levvy berkata, Tottenham amat gembira kerana dapat menggunakan khidmat pengurus dari Portugal berusia 56 tahun itu yang berpengalaman luas dalam arena bola sepak.

"Mourinho mempunyai pengalaman luas, boleh memberi motivasi kepada pemain-pemain dan mempunyai taktikal yang bagus.

"Beliau juga memiliki rekod memenangi pelbagai kejuaraan bersama kelab yang pernah beliau berkhidmat. Jadi kami di Tottenham amat yakin dia akan membawa semangat dan keyakinan baharu di bilik persalinan," katanya dalam satu kenyataan di laman web rasmi Tottenham Hotspur.

Mourinho dilantik sebagai pengurus sebagai pengurus baharu The Spurs dengan kontrak berakhir musim 2022/23 bagi memacu kebangkitan semula kelab London yang kini menghuni tangga ke-14 liga itu.

Artikel Berkaitan: