Fahmi nafi mesej tular Anwar di Istana Negara

Fahmi nafi sebar mesej melalui WhatsApp kononnya Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Fahmi nafi sebar mesej melalui WhatsApp kononnya Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong.
A
A
A

SHAH ALAM – Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menafikan penularan mesej melalui aplikasi WhatsApp kononnya beliau mengesahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi tadi.

Fahmi tidak menolak mesej tular menggunakan namanya itu disebarkan pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik.

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya tidak ada keluarkan sebarang mesej sebegitu rupa. Ini adalah satu taktik yang cukup jelek, kotor,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Selain penularan mesej menggunakan namanya itu, isi kandungan mesej berkenaan juga turut meminta rakan-rakan media berada di hadapan Istana Negara untuk membuat liputan.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan akan membuat laporan polis hari ini atas fitnah yang mengaitkan dirinya dengan mesej palsu tersebut.

Dalam masa sama, beliau mengesahkan Anwar hadir di Parlimen awal pagi ini.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menyarankan pengamal media mendapatkan pengesahan daripadanya terlebih dahulu sekiranya wujud sebaran mesej seumpamanya pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: