Macau Scam: Kerugian RM33.4 juta di Petaling Jaya

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zaini Che Din (dua dari kanan) bersama Majistret Mahkamah Petaling, Nor Ariffin Hisham (kanan) ketika melihat cakera padat DVD dan VCD haram yang akan dilupuskan pada majlis pelupusan barang kes BSJKD Petaling Jaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.
- Foto Bernama

A
A
A

PETALING JAYA - Sebanyak 788 kes Macau Scam dilapor berlaku di daerah ini dengan kerugian RM33.4 juta dalam tempoh Januari lepas sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din menarik perhatian bahawa 752 kes dengan kerugian RM19.3 juta direkodkan tahun lepas.

“Orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati, jangan tertarik dengan janji manis yang ditawarkan sindiket Macau Scam ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program pelupusan keping cakera padat digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata, capaian internet yang baik di kawasan Petaling Jaya mungkin menjadi faktor ramai yang menjadi mangsa Macau Scam.

Pada program itu, Mohd Zani menyaksikan pelupusan 90,104 keping DVD dan VCD dianggar bernilai RM450,000 yang dirampas sejak 2003 hingga 2016.

Beliau berkata, pelupusan barang kes seperti itu akan dilakukan secara berperingkat. - Bernama

Artikel Berkaitan: