Penyokong Garuda, Harimau Malaya ditahan polis

Insiden balingan suar yang dipercayai daripada segelintir penyokong Garuda ke arah tempat duduk penyokong Harimau Malaya. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 41 penyokong perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia di di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi ditahan polis selepas disyaki terlibat insiden kekecohan.

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menahan 27 penyokong Malaysia dan 14 penyokong Indonesia selepas tamat perlawanan.

"Kesemua mereka ditahan untuk tujuan dokumentasi dan telah dibebaskan selepas selesai proses tersebut," katanya dalam kenyataan media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Balingan suar cemari aksi Harimau Malaya, Garuda

Terdahulu perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil dicemari insiden kekecohan sejurus tamat perlawanan selepas berlaku provokasi antara penyokong Malaysia dan Indonesia.

Malah balingan suar yang dipercayai daripada segelintir penyokong Garuda ke arah tempat duduk penyokong Harimau Malaya berlaku sebaik sahaja selepas berakhir perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan itu.

Malaysia memperoleh kemenangan ketiga pada kempen kumpulan G apabila menewaskan musuh tradisi pada perlawanan kelima masing-masing sekali gus meneruskan rentak kemenangan 3-2 di Jakarta pada 5 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Harimau garang jinakkan Garuda