Balingan suar cemari aksi Harimau Malaya, Garuda

Balingan suar yang dipercayai daripada segelintir penyokong Garuda ke arah tempat duduk penyokong Harimau Malaya. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A

KEMENANGAN 2-0 skuad negara ke atas Indonesia pada saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi tercemar dengan insiden balingan saur.

Balingan suar yang dipercayai daripada segelintir penyokong Garuda ke arah tempat duduk penyokong Harimau Malaya berlaku sebaik sahaja selepas berakhir perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan itu.

Malaysia memperoleh kemenangan ketiga pada kempen kumpulan G apabila menewaskan musuh tradisi pada perlawanan kelima masing-masing sekali gus meneruskan rentak kemenangan 3-2 di Jakarta pada 5 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Harimau garang jinakkan Garuda

Dua gol daripada penyerang sensasi negara, Muhammad Safawi Rasid meleburkan impian skuad Garuda untuk cuba melakar kejutan ke atas Malaysia.

Bagaimanapun, Indonesia yang bermain dengan taktikal bertahan pada separuh masa pertama nyata berjaya mengekang corak permainan yang cuba diatur Harimau Malaya.

Anak didik Yeyen Tumina itu juga mampu beberapa kali untuk mencemaskan gawang yang dikawal oleh Khairulazhan Mohd Khalid melalui beberapa serangan balas pantas.