Sabah tawan hati legenda bola sepak Liverpool

KOTA KINABALU - Keindahan Sabah berjaya menawan hati legenda bola sepak Liverpool, Luis Garcia.
Bekas pemain sayap Liverpool, Luis Garcia yang merupakan sebahagian daripada skuad pemenang Liga Juara-Juara 2005 di Liverpool, berada di Kota Kinabalu menjelang pertandingan 'Battle of Reds' Masters Football Asia pada 20 November ini.
Beliau begitu teruja setelah memuat naik foto di Instagram memaparkan berada di pasar tempatan di ibu negeri itu.
"Saya mempunyai seminggu yang baik! Salah satu lokasi terbaik dan cantik yang pernah saya kunjungi. Kota Kinabalu di negeri Sabah (Malaysia) memiliki makanan yang lazat, pasarnya indah dan salah satu lokasi terbaik melihat matahari terbenam. Have a great week guys," tulisnya.
Hantaran itu meraih lebih 9,145 tanda suka daripada peminatnya yang teruja melihat beliau berada di Malaysia dan lebih spesifik di Sabah.
Kata @redloverz7', "Selamat datang ke Malaysia, legend!"
"Jom datang Ipoh Perak pula," tulis @ainnasuhaimi.
Tambah @madhaarmuhsin, "Terima kasih melawat Malaysia."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amEnam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutan
06 September 2026 06:54pmKonon mahu balik kampung, isteri orang dicekup khalwat dengan kekasih
06 September 2026 03:48pmLelaki terlibat kes dadah maut ditembak
06 September 2026 06:21pmSuami tetak isteri kerana televisyen dipasang kuat
06 September 2026 12:54pm- Iklan -- Iklan -
