Turki ancam lancar operasi ketenteraan lagi

Mevlut Cavusoglu
Mevlut Cavusoglu
A
A
A

ANKARA - Turki memberi amaran untuk melancarkan satu lagi operasi ketenteraan di timur laut Syria jika kawasan itu masih belum bebas daripada cengkaman kumpulan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG).

Semalam, Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu berkata, Ankara terpaksa membuat keputusan itu kerana Amerika Syarikat (AS) dan Rusia masih belum mematuhi perjanjian tentang isu di utara Syria yang ditandatangani bersama Turki.

Pada 22 Oktober lalu, Ankara dan Moscow mencapai perjanjian yang menetapkan kumpulan YPG perlu menarik diri dari kawasan terletak kira-kira 30 kilometer di sempadan Turki manakala pasukan keselamatan Turki dan Rusia akan melakukan rondaan bersama.

“Kami akan mengambil langkah yang perlu jika tiada sebarang keputusan dicapai. Kami tidak mempunyai penyelesaian lain selain menghapuskan seluruh anggota kumpulan itu. Kami pasti akan menghapuskan ancaman keganasan di sempadan Turki (utara Syria),” katanya.

Pada 9 Oktober lalu, tentera Turki dan sekutunya melancarkan operasi ketenteraan di utara Syria selepas AS memanggil pulang pasukan tentera mereka dari kawasan itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: