Suspek cuba curi motosikal diberkas

Rakaman video orang ramai dan polis menahan suspek yang dipercayai cuba mencuri motosikal tular dilaman sosial. Gambar kecil: Antara barangan yang dirampas daripada suspek.
Rakaman video orang ramai dan polis menahan suspek yang dipercayai cuba mencuri motosikal tular dilaman sosial. Gambar kecil: Antara barangan yang dirampas daripada suspek.
A
A
A

AMPANG – Seorang lelaki diberkas ketika cuba mencuri sebuah motosikal di kawasan parkir Hospital Ampang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, kejadian jam 1,45 petang itu disedari oleh pemiliknya selepas melihat suspek sedang membuka nombor pendaftaran motosikal miliknya.

“Pemilik motosikal itu bertindak menahan suspek sambil dibantu oleh orang awam di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Azmi berkata, berlaku pergelutan menyebabkan suspek mengalami kecederaan.

“Suspek diserahkan kepada pihak polis. Pihaknya turut merampas sebilah kapak berhulu kayu anggaran panjang lebih kurang 41 sentimeter, satu playar, enam batang allen key pelbagai saiz dan sebuah topi warna hitam.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A / 511 Kanun Keseksaan dan 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Artikel Berkaitan: