Dua maut rempuh pokok

Keadaan kereta dipandu dan dinaiki mangsa melanggar sebatang pokok. Foto:Ihsan Bomba
Keadaan kereta dipandu dan dinaiki mangsa melanggar sebatang pokok. Foto:Ihsan Bomba
A
A
A

MANJUNG - Dua maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok di Batu 19, Kampung Jering, Ayer Tawar, di sini pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat, Suhaimi Nijar berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.31 terdapat sebuah kereta jenis Honda Accord terlibat dalam kemalangan dan terdapat mangsa tersepit.

"Dua mangsa yang cedera iaitu seorang lelaki dan wanita telah dikeluarkan orang awam dan dihantar ke hospital, manakala dua lagi yang tersepit, maut di tempat kejadian.

"Anggota kemudiannya menggunakan peralatan penyelamat hydraulic rescue cutter untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sehingga selesai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang maut merupakan seorang lelaki yang juga pemandu kereta tersebut, bersama seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang sebelah kanan.

"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: