Suami isteri terlibat kes pecah kereta di JB ditahan

No Image Caption
A
A
A

KULAI - Polis menahan sepasang suami isteri di sebuah hotel bajet di Jalan Mewah 1 Senai di sini semalam dipercayai terlibat dalam kes kenderaan di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 34 tahun ditahan kira-kira jam 11.45 malam hasil maklumat dan risikan yang dibuat.

"Penahanan kedua-dua suspek dilakukan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pecah cermin sebuah kereta jenis Proton Saga yang berlaku di Jalan Beringin 2, Taman Beringin Senai pada 17 November lalu.

"Bagaimanapun cubaan suspek tidak berjaya kerana disedari jiran-jiran yang berada dalam kawasan perumahan terbabit. Hasil siasatan yang dilakukan kemudiannya membawa kepada kedua-dua suspek ini yang kita telah tahan malam tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beng Yeow berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki mengaku melakukan kesalahan berkenaan manakala isterinya mengaku ada bersamanya ketika kejadian.

"Polis kemudiannya bertindak merampas kesemua barangan rampasan yang ditemui bersama suspek iaitu sebuah motosikal jenis Honda ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

"Pemeriksaan turut mendapati suspek lelaki juga mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine ketika penahanan dibuat.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.