X

Kindly register in order to view this article
!

Azmin adakan pertemuan dengan MP PKR?

Mohamed Azmin
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Difahamkan satu pertemuan diadakan melibatkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan beberapa ahli Parlimen dari parti tersebut.

Memetik laporan The Star Online, pertemuan itu dilaporkan berlaku pada jam 3 petang hari ini di pejabat Mohamed Azmin di bangunan Parlimen.

Ahli Parlimen Gombak itu dilihat memasuki Dewan Rakyat kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Ketika ditanya berkaitan mesyuarat itu dan mesyuarat malam tadi, Mohamed Azmin secara berseloroh menjawab ‘beliau ada banyak mesyuarat’.

Malam tadi, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di kediaman rasminya di Presint 10 di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohamed Azmin jumpa Ahli Parlimen PH, BN di Putrajaya malam ini

Kesemua mereka dikatakan tiba jam 7 malam dan meninggalkan kediaman Timbalan Presiden PKR itu jam 11 malam.

Antara yang hadir ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin; Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid, Ahli Parlimen Lipis, Abdul Rahman Mohamad; Ahli Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.

Turut dipercayai hadir ialah Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Selain itu Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!