'Tun M sihat dan masih mahu bekerja'- Guan Eng

Kenyataan Guan Eng menerusi akaun Twitternya hari ini.
Kenyataan Guan Eng menerusi akaun Twitternya hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengesahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada dalam keadaan sihat dan baik.

"Berjumpa dengan @chedetofficial tadi untuk berbincang beberapa isu semasa negara.

"Tun sebut beliau sihat dan mahu terus bekerja di pejabatnya. Tun cakap jangan bimbang, tekanan darah bagus 120/70," katanya menerusi akaun Twitternya hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengalami sedikit pendarahan hidung sewaktu beliau menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 di ibu negara.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri mengesahkan Ahli Parlimen Langkawi itu berada dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan.

"Beliau bertugas seperti biasa. Berita yang mengatakan beliau bergegas untuk mendapatkan rawatan adalah tidak benar," katanya

ARTIKEL BERKAITAN: PMO sahkan Tun M sihat, sudah kembali bertugas

Artikel Berkaitan: