Airbus baharu bau 'stoking basah'

Masalah bau pelik itu didakwa mengganggu kru ketika pesawat berlepas dan mendarat.
Masalah bau pelik itu didakwa mengganggu kru ketika pesawat berlepas dan mendarat.
A
A
A

NOUMEA - Gara-gara berbau seperti 'stoking basah', sebuah pesawat baharu dikembalikan semula ke ibu pejabat mereka di Toulouse, Perancis.

Airbus A330neo tersebut mula digunakan pada 4 Oktober lalu sebagai sebahagian daripada pembaharuan perkhidmatan dilakukan syarikat penerbangan, Air Caledonie International (ACI) di New Caledonia.

Bagaimanapun, bau 'stoking basah' tersebut menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan kru ketika pesawat berlepas dan mendarat hingga menyebabkan mereka sakit kepala, muntah-muntah dan iritasi mata.

Susulan insiden itu, Pengurus Besar ACI, Didier Tappero mengesahkan siasatan dilancarkan untuk mengenal pasti punca bau pelik itu selain sampel darah kru penerbangan yang terjejas turut diambil.

Sementara itu, laporan dihantar Airbus kepada syarikat itu mendapati kualiti udara dalam kabin tersebut mengikut garis panduan antarabangsa dan berada di bawah paras ketoksikan.

"Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah bau itu pada sejumlah pesawat Airbus A330neo tersebut," kata jurucakapnya, Sean Lee.

Difahamkan, masalah sama juga dihadapi penerbangan di Portugal dan Senegal. - AFP

Artikel Berkaitan: