X

Kindly register in order to view this article
!

'Semua calon Parti Konservatif ikrar sokong perjanjian Brexit'

Boris Johnson - Foto AFP
A
A

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mendedahkan bahawa setiap calon Parti Konservatif yang bertanding dalam pilihan raya umum negara itu pada 12 Disember secara peribadi berikrar untuk menyokong perjanjian Brexit beliau, lapor agensi berita China Xinhua.

Dalam temu bual akhbar utama pertamanya dalam kempen pilihan raya, Johnson memberitahu Sunday Telegraph bahawa beliau telah meminta kesemua 635 calon parti itu untuk menandatangani satu ikrar bagi menyokong Perjanjian Keluar Brexit di Dewan Rakyat.

"Sekiranya memperoleh kerajaan majoriti Konservatif, kami akan menunaikan janji dan tiada lagi sebarang pertengkaran atau perasaan teragak-agak atau kelewatan," kata Johnson.

ARTIKEL BERKAITAN: PM British Ikrar teruskan perjanjian Brexit 31 Oktober ini

Johnson bercadang menamatkan keanggotaan Britain dalam Kesatuan Eropah (EU) pada Januari jika beliau memperoleh kemenangan majoriti yang mengekalkannya di 10 Downing Street.

"Sudah tentu terdapat ramai orang yang mengundi untuk kekal atau keluar. Rakyat mempunyai pandangan berbeza dan mereka akan keluar mengundi bagi menyelesaikan isu ini demi kepentingan seluruh negara," katanya,

Telegraph mengulas bahawa keputusan luar biasa Johnson adalah bagi membantu meyakinkan pengundi yang menyokong langkah Britain meninggalkan EU yang akan ditunaikan Parti Konservatif jika mereka kekal sebagai pemerintah.

Pada Selasa, Johnson akan bertemu Jeremy Corbyn, pemimpin pembangkang utama Parti Buruh dalam perdebatan kempen pilihan raya yang disiarkan menerusi televisyen buat pertama kali. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!