Abu Bakar lihat sudut positif

Abu Bakar lihat sudut positif penukaran status PKNP FC kepada feeder club. -Foto: PKNP FC
Abu Bakar lihat sudut positif penukaran status PKNP FC kepada feeder club. -Foto: PKNP FC
A
A
A

KETUA Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim akur keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meluluskan permohonan penukaran status PKNP FC sebagai feeder club.

“PKNP mempunyai sejarah tersendiri apatah lagi sudah empat tahun kami berada dalam Liga Malaysia.

“Kita akur selepas keputusan menyatakan kelab ini dijadikan sebagai feeder club. Mungkin ini sebahagian perancangan untuk pemain muda Perak lebih menyerlah pada masa depan.

“Keputusan telah dibuat, kita ambil yang positif, mungkin dengan keputusan ini, skuad Perak boleh mendapatkan pemain sepenuhnya pada bila-bila masa bagi menyertai saingan liga,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, beliau juga melihat situasi berkenaan secara tidak langsung akan membolehkan semua pemain mempunyai peluang beraksi bersama skuad Perak.

“Bagi saya itu satu perancangan daripada pihak atasan untuk membuat perkara terbaik buat pasukan. Empat tahun PKNP dalam saingan liga, satu perjalanan jauh dan menarik buat kita semua.

“Saya tetap positif mungkin sedikit sebanyak ia membantu menaikkan mutu bola sepak negara pada masa depan,” katanya.

Artikel Berkaitan: