Ketua kampung di Selangor bakal ada insurans kelompok

Amirudin menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dalam kategori yang dipertandingkan pada Majlis Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor 2019 bertempat di Hotel Accapella, Seksyen 13 di sini hari ini.
Amirudin menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dalam kategori yang dipertandingkan pada Majlis Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor 2019 bertempat di Hotel Accapella, Seksyen 13 di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [VIDEO] Kerajaan Negeri Selangor bercadang memperkenalkan skim insurans berkelompok kepada ketua-ketua kampung di negeri ini tahun depan sebagai menghargai tugas mereka.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, insurans berkenaan itu juga sebagai skim perlindungan kepada ketua kampung.

"Kita akan cuba laksanakan seawal mungkin dan tengok tawaran daripada agensi mana yang terbaik dan kita bawa untuk diluluskan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor 2019 di sini hari ini.

Sementara itu katanya, Pertandingan Anugerah Kampung Tradisi Terbaik tahun ini telah memasuki penganjuran kali kelima membabitkan peruntukan RM350,000 sebagai usaha memajukan kampung di negeri ini.

"Antara program yang diadakan ialah Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik, Anugerah Usahawan Desa Terbaik, Anugerah Inovasi Kampung Terbaik dan Rumah Tradisional Tercantik.

Menurutnya, Pertandingan Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor 2019 membabitkan dua kategori utama iaitu Kategori Pinggir Bandar dan Kategori Luar Bandar.

"Program ini bertujuan mengiktiraf kampung tradisi terbaik di Selangor untuk dijadikan kampung contoh atau ‘mentor’ kepada kampung lain serta memaksimakan pengupayaan komuniti luar bandar khususnya dalam aspek kepimpinan sosial dan ekonomi kampung," katanya.

Artikel Berkaitan: