X

Kindly register in order to view this article
!

Vape bukan alternatif selamat

Boon Chye (duduk dua dari kiri) pada sidang akhbar selepas merasmikan program Walk The Talk sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz semalam.
A
A

IPOH - Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa tiada permohonan yang diterima untuk menjadikan vape atau rokok elektronik sebagai alternatif baharu berhenti merokok.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, hanya gula-gula getah nikotin dan pelekat nikotin yang diluluskan oleh Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan digunakan perokok yang mahu berhenti daripada ketagihan tembakau itu.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kebanyakan cecair vape mengandungi nikotin iaitu bahan yang diklasifikasikan di bawah Akta Racun 1952 (Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984).

“Nikotin dijual sebagai ubat rawatan untuk berhenti merokok dalam formulasi yang dibenarkan.

“Cecair vape atau alat rokok elektronik, tiada satu pun alat tersebut diluluskan ataupun tiada permohonan pun untuk jadikan alat sebagai ubat berhenti merokok,” katanya selepas melancarkan program Walk The Talk sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada kajian menunjukkan penggunaan vape itu selamat sepenuhnya meskipun ada yang membandingkannya dengan rokok.

Katanya, rang undang-undang khusus berkaitan kawalan rokok, vape dan shisha masih dalam kajian sebelum dilaksanakan tahun hadapan.

“Kita belum memutuskan sama ada vape ini dilarang 100 peratus atau benarkan vape tanpa nikotin atau kawal penggunaan vape bernikotin. Pendekatan ini sedang dikaji kerana ada pro dan kontranya.

“Mereka yang menjual cecair vape perlu mendaftar dan kandungannya dipastikan selamat digunakan. Namun buat sementara ini, penjualan vape kepada remaja berusia 18 tahun ke bawah boleh diambil tindakan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!