Ayam Brand terap hidangan sihat kepada kanak-kanak

Mu'tamir (kiri) melihat aktiviti yang dilakukan peserta Pertandingan Ayam Brand Suku-Suku Separuh di Hospital KPJ Ampang, Kuala Lumpur kelmarin.
Mu'tamir (kiri) melihat aktiviti yang dilakukan peserta Pertandingan Ayam Brand Suku-Suku Separuh di Hospital KPJ Ampang, Kuala Lumpur kelmarin.
A
A
A

AMPANG - Ayam Brand meneruskan sumbangan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) menerusi Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2019, Sihatkan Malaysia, Mula Sekarang yang menerapkan penyediaan hidangan Pinggan Sihat Malaysia (suku-suku separuh) kepada golongan kanak-kanak.

Pengerusi Ayam Brand, Datuk Mu'tamir Mohamed berkata, kempen itu akan memperkasakan kanak-kanak dari 10 negeri untuk mengenal pasti pilihan makanan yang lebih sihat seterusnya melengkapkan mereka dengan kemahiran menyediakan hidangan Pinggan Sihat Malaysia.

Menurutnya, ia juga sebagai menyokong saranan Kementerian Kesihatan menggalakkan pembahagian plat kepada satu perempat protein, satu perempat karbohidrat kompleks dan separuh untuk buah-buahan dan sayur-sayuran.

"Malaysia ialah antara negara tertinggi di Asia melibatkan obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Sebagai peneraju dalam industri makanan Malaysia selama lebih dari 100 tahun, Ayam Brand amat prihatin terhadap isu obesiti dan bersedia membantu bermula dengan kanak-kanak kerana mereka ialah yang paling mudah dididik.

"Menerusi kempen itu, kami berharap dapat membantu mengurangkan obesiti kanak-kanak dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat," katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2019, Sihatkan Malaysia, Mula Sekarang di KPJ Ampang Puteri di sini kelmarin.

Mu'tamir (berdiri, lapan dari kanan) bersama peserta Pertandingan Ayam Brand Suku-Suku Separuh di Hospital KPJ Ampang, Kuala Lumpur kelmarin.
Mu'tamir (berdiri, lapan dari kanan) bersama peserta Pertandingan Ayam Brand Suku-Suku Separuh di Hospital KPJ Ampang, Kuala Lumpur kelmarin.

Mu'tamir berkata, kempen CSR yang dijalankan Ayam Brand kini berusia 12 tahun dan telah menyumbang sebanyak 1.76 juta makanan sihat untuk tujuan kebajikan.

Katanya, melalui CSR yang dijalankan itu lebih 20,000 orang daripada 482 rumah amal dan NGO telah menerima manfaat.

Artikel Berkaitan:

"Kempen tahun ini membiayai dan mendidik 42 rumah amal, mendidik 25 sekolah di seluruh negara, selama tiga bulan. Seramai 1,800 penerima dengan jumlah 324,000 hidangan Ayam Brand akan menerima manfaat," katanya.

Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan kepada enam rumah amal yang menerima bekalan Ayam Brand selama dua bulan yang bersamaan dengan 46,260 makanan sihat untuk 257 penghuni.

Pada masa sama, seramai 40 kanak-kanak sekolah rendah Kuala Lumpur dan Selangor menyertai kempen berkenaan yang dimulakan dengan pengenalan interaktif kepada konsep #sukusukuseparuh oleh Pakar Pemakanan Sihat, KPJ Ampang Puteri, Nur Hayati Azmi.

Kemudian, semua peserta yang dibahagikan kepada sepuluh kumpulan itu perlu menyediakan makanan berdasarkan prinsip 3S dalam masa 30 minit dengan bantuan minima dari orang dewasa, menggunakan resipi yang telah diselidiki oleh pakar pemakanan.