Ikut kelayakan bukan kecenderungan politik

Dr Muhammad Faiz Na'aman
Dr Muhammad Faiz Na'aman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemberian kontrak atau lantikan jawatan hendaklah berdasarkan kelayakan serta kemampuan pihak berkenaan berbanding kecenderungan politik.

Ketua Biro Integriti Armada, Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata, ini bagi memastikan elemen integriti dijadikan penanda aras teratas dalam sebarang keputusan melibatkan kerajaan PH.

"Ia senada dengan penjelasan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan bahawa kerajaan BN jatuh tersungkur dibenci majoriti rakyat kerana mengamalkan salah guna kuasa serta korupsi dalam urusan pentadbiran negara.

"Antara elemen korup yang menjadi 'mercu tanda' kerajaan terdahulu ialah pemberian kontrak serta lantikan politik mereka yang tidak berkelayakan dan monopoli oleh budaya kronisme. Serta nepotisme kronik hingga menindas pihak yang sepatutnya diberi peluang," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Namun, katanya, Biro Integriti Armada tidak menolak strategi 'real politic' bagi menyusun atur proksi-proksi yang setia dengan PH.

"Dengan syarat mereka perlulah memenuhi kriteria kelayakan serta bebas daripada kes korupsi, salah guna kuasa atau jenayah," katanya.

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun hari ini dalam satu kenyataan mengumumkan lantikan dua ahli majlis tertinggi (MT) Bersatu dan seorang peguam bagi menerajui badan di bawah kementeriannya.

Rina berkata, kementeriannya mencadangkan pelantikan berkenaan kepada Perdana Menteri dan ia telah mendapat persetujuan.

Artikel Berkaitan: