Dadah RM91,000 'dilupuskan' sekumpulan babi hutan

Sekumpulan babi hutan memusnahkan bungkusan dadah bernilai £17,000 (RM91,000) yang disembunyikan di sebuah hutan di Tuscany.
A
A

FLORENCE - Sekumpulan pengedar dadah berputih mata selepas bungkusan dadah bernilai £17,000 (RM91,000) yang disembunyikan 'dilupuskan' sekumpulan babi hutan.

Mereka dipercayai telah menanam dadah dalam sebuah hutan di Tuscany bagi menghalang ia ditemui polis.

Bagaimanapun, babi hutan dipercayai telah menggali dan memusnahkan bungkusan itu yang tersebar di sekitar hutan terbabit.

Polis kemudian mengetahui tentang kejadian itu selepas mendengar perbualan antara pengedar dadah yang mengeluh mengenai babi hutan di lembah Valdichiana.

Panggilan telefon itu akhirnya membawa kepada penahanan tiga individu Albania dan seorang Itali.

Dua daripada mereka dipenjarakan dan dua lagi diletakkan di bawah tahanan rumah.

Geng itu didakwa memperdagangkan sebanyak 2 kilogram dadah setiap bulan di kelab malam di bandar Arezzo.