Hanafiah calon Malaysia pertama rebut Exco FISU

Hanafiah Ayub (kanan) antara pemimpin BFM yang mengilhamkan pembinaan stadium khas besbol pertama negara di UPM, Serdang.
Hanafiah Ayub (kanan) antara pemimpin BFM yang mengilhamkan pembinaan stadium khas besbol pertama negara di UPM, Serdang.
A
A
A

DR Hanafiah Ayub menjadi warga Malaysia pertama yang dicalonkan bertanding bagi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU) di Turin, Itali pada Sabtu dan Ahad ini.

Ketua Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) ini yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) bakal bersaing dengan wakil negara lain yang juga ahli gabungan FISU, bagi satu daripada 15 kekosongan kerusi Exco.

"Saya dicalonkan bagi pemilihan FISU penggal 2019-2023. Sebanyak 46 negara menjadi ahli gabungan persekutuan ini antaranya Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum).

"Lain-lain termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Libya, Poland dan Sepanyol," kata anak jati Muar, Johor berusia 47 tahun ini.

Hanafiah juga kini merupakan Ahli Exco Persekutuan Sukan Universiti Asia (AUSF) selain menjadi Pengerusi Jawatankuasa Teknikalnya.

Jawatan lain beliau termasuk Ahli Majlis Masum yang turut bergabung dengan FISU, AUSF dan Majlis Sukan Universiti Asia.

Artikel Berkaitan: