AMK sokong Wan Azizah rasmi kongres

WAN AZIZAH
WAN AZIZAH
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) seluruh negara menyokong penuh ketetapan Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK Malaysia pada 20 Oktober lalu yang memutuskan untuk mengundang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perasmi Kongres Nasional Tahunan AMK 2019.

Melalui kenyataan bersama melibatkan 14 Ketua AMK negeri, keputusan itu dibuat setelah mesyuarat menimbang semua keadaan dan juga pengiktirafan atas segala jasa bakti Wan Azizah selama beliau memimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 1998.

"Bagi meredakan pertikaian segelintir pihak mengenai keputusan ini, kami ingin tekankan bahawa Peraturan Tetap AMK 2014 memberi kuasa kepada Majlis Pimpinan AMK untuk menguruskan sepenuhnya hal ehwal pengurusan Kongres Nasional Tahunan AMK.

"Tidak ada sebarang klausa yang menetapkan atau menghadkan mana-mana individu yang perlu diundang sebagai perasmi, malah mana-mana kepimpinan tertinggi Keadilan boleh diundang untuk merasmikan Kongres AMK.

"Justeru itu, kami mengalu-alukan keputusan Majlis Pimpinan AMK yang menetapkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi Majlis Penasihat Keadilan sebagai perasmi Kongres AMK 2019 yang akan berlangsung pada 6 Disember 2019 di MITC Melaka," kata kenyataan bersama hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihaknya juga amat berbesar hati menerima kesudian Wan Azizah untuk hadir ke kongres ini memandangkan inilah kali pertama dalam sejarah Kongres AMK akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sehubungan itu, semua anggota AMK diminta hadir beramai-ramai ke Kongres Nasional Tahunan AMK 2019.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasah Mohd Nasir semalam menegaskan, sayap parti itu mengundang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merasmikan Kongres AMK atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Katanya, meskipun dilihat seolah memecahkan tradisi kerana AMK mengundang Timbalan Presiden PKR sebelum ini, Ahli Parlimen Johor Bahru itu menegaskan, ia diputuskan dalam mesyuarat AMK pada 20 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN ‘Undang Wan Azizah rasmi Kongres AMK sebagai TPM’