X

Kindly register in order to view this article
!

SPR sedia dua van pengantara di Kampung Ulu Pulai

Petugas SPR memeriksa peralatan termasuk kerusi roda yang disediakan di pusat mengundi di Dewan Jubli Intan Pontian di sini hari ini. Gambar kecil: Mohamad Zaidad
A
A

PONTIAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan dua buah van pengantara bagi membawa pengundi di Kampung Ulu Pulai ke pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming Pekan Nanas pada hari pengundian Sabtu ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Pejabat Pilihan Raya Johor, Mohamad Zaidad Abdul Samat berkata, perkhidmatan van pengantara itu hanya disediakan bagi membawa pengundi dari Kampung Ulu Pulai memandangkan penempatan tersebut terletak agak jauh kira-kira 10 kilometer dari pusat pengundian.

Menurutnya, van pengantara akan mengambil pengundi di Balai Raya Kampung Ulu Pulai seawal jam 7.30 pagi iaitu setiap 15 hingga 30 minit untuk dibawa ke pusat pengundian.

"Perkhidmatan ini disediakan untuk memudahkan warga emas dan golongan OKU (orang kurang upaya) untuk keluar mengundi.

"SPR hanya sediakan van pengantara untuk Kampung Ulu Pulai sahaja kerana kampung lain lokasi pusat pengundian mereka lebih dekat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan semakan peralatan pusat mengundi di Dewan Jubli Intan Pontian di sini hari ini.

Dalam pada Mohamad Zaidad berkata, SPR turut menyediakan 114 kerusi roda kepada 977 pengundi di Parlimen Tanjung Piai yang berstatus OKU dalam senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM).

Kampung Ulu Pulai yang mempunyai kira-kira 580 pengundi terlibat dengan persempadanan semula semula pilihan raya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyaksikan perpindahan kawasan parlimen dari Iskandar Puteri ke Tanjung Piai.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!